Malaysia
adalah negara maju dan membangun.Pelbagai bidang seperti perusahaan automobile,
pembinaan bangunan pencakar langit, aeroangkasa,pengankutan dan perhubungan, sukan
serta perdagangan antarabangsa terutama perdagangan laut.Malah hari ini Malaysia sudah menjadi tradisi bahawa 95% perdagangan negara adalah oleh melalui
laut Malaysia. Malah lebih dua ribu kapal keluar masuk di perairan Malaysia
iaitu perairan selat Melaka. Tujuh pelabuhan antarabangsa Malaysia ialah
Pelabuhan Pulau Pinang, Pelabuhan Klang, pelabuhan Johor, Pelabuhan Tanjung
Pelepas, Pelabuhan Kuantan dan Pelabuhan Kemaman di Semenanjung Malaysia serta
Pelabuhan Bintulu di Sarawak. Hal ini maka terbuktilah Malaysia sebuah negara maritim
yang luas dan tidak ternilai kaya dengan pelbagai hasil sumber laut.
Sumber laut adalah sumber yang amat
bernilai dan amat merugikan jika sumber
ini tidak diperlihara dan dilindungi sabaik yang mungkin .Kajian menunjukkan Asia
tenggara mempunyai 1/3 dari keluasan dunia 284,000 kilometer kuasa dua terdiri
daripada terumbu karang. Negara-negara seperti Malaysia ,Indonesia dan Filipina merupakan
negara sebahagian yang mempunyai segitiga terumbu karang ( Coral Triangle)
terbesar di dunia.Sumber laut dimaksudkan adalah kawasan terumbu karang ( coral
Reef) ,perikanan laut( marine fisheries) , Macroinvertebrate dan
hidupan-hidupan laut yang lain. Tambahan lagi, sumber
lain mengatakan kawasan terumbu karang di Malaysia mengunjur dari “Segitiga
Terumbu Karang” yang bersambung daripada Indonesia, Filipina dan Papua New
Guninea - Australia. Kebanyakanya terdapat terumbu karang dikawasan cetek di
pesisir pulau Malaysia; walaupun begitu terdapat juga kelompok terumbu karang,
karang atol dan jurang terumbu wujud dalam skala yang kecil. Pertubuhan Alam
Sekitar Bangsa Bersatu (UNEP) Atlas Dunia Terumbu Karang telah menganggarkan
size kawasan terumbu karang Malaysia adalah 3,600 km2 atau kira – kira 1.27 %
keluasan terumbu karang sedunia.
Banyak kepentingan terumbu karang
antaranya terumbu karang ini bertindak sebagai benteng dan perlindungan pantai
bagi ombak yang kuat. Terumbu karang juga merupakan sumber makanan yang banyak
serta tempat kawasan yang selamat untuk tumbesaran anak-anak ikan. Malah
terumbu karang juga merupakan kawasan perlindungan yang kaya makanan kepada
pelbagai spesies hidupan marin dan invertebrate itu sendiri. Disamping itu, ada
juga menyatakan terumbu karang merupakan penawar bagi penyakit barah di mana
terumbu ini dijadikan sebagai ubat untuk melawan penyakit tersebut.Terumbu
karang ini juga menyediakan peluang pekerjaan melalui aktiviti perikanan dan
pelancongan.Namun sumber-sumber ini semakin berkurangan dan hampir mengalami
kepupusan. Sehubungan itu, adalah penting bagi kita memelihara kawasan perairan
dan hidupan akuatik.
Menurut pembelajaran Subjek Polisi
dan Pengurusan Marin perihal ini adalah disebabkan oleh faktor Anthropogenic
dimana aktiviti-aktiviti manusia dan faktor semula jadi.Segala aktiviti manusia
atau tindakan manusia boleh merosakkan terumbu karang.
Kegiatan manusia misalnya perhotelan, menangkap ikan dan sebagainya boleh
menyebabkan air tercemar. Sebagai contoh tumpahan minyak dan penggunaan pukat tunda. Penggunaan bahan letupan untuk
mengebom ikan juga boleh merosakkan kawasan terumbu karang dan mencacatkan
tumbesaran ekosistem marin yang lain. Sedangkan manusia bergantung hidup dengan
sumber protein ini. Malah apabila kapal dilabuhkan
pada pantai, ini juga merupakan salah satu sebab terumbu karang rosak.
Kesedaran
tentang kepentingan sumber laut wujud pada tahun 1980-an apabila
kemerosotan sumber perikanan di Malaysia
mahupun di kawasan-kawasan kaya dengan sumber protein ini kian meruncing.. Bagi
mempertingkatan sumber perikanan .sumber ini perlu dilindungi di mana
kawasan-kawasan ini merupakan kawasan sumber ini membiak , membesar dan mencari
makanan. Kawasan sumber laut terutama kawasan terumbu karang merupakan kawsan
paling kritikal yang memerlukan perjagaan rapi bagi memulihkan ekosistem ini
terus hidup dan membiak dengan baik.Hal ini kerana kawasan ini amat terdedah
dengan pelbagai ancaman semula jadi atau akibat kegiatan manusia itu sendiri.
Untuk
menangani masalah ini, Malaysia perlu menguruskan sumber laut berdasarkan
Pengurusan Berdasarkan Komuniti atau ( Community Based Management ,CBM). Hal ini
adalah kerana CBM merupakan salah satu kaedah yang cukup konsisten dan bijak
dalam menguruskan sumber perikanan ini. Pengurusan Berdasar komuniti atau CBM
ini merupakan sumber pengurusan kominiti di mana pihak yang bertanggungjawab
dalam mengurus sesetangah atau semua aspek yang dikehendaki. Dengan adanya
badan ini juga dapat mengawal dan memastikan semua pihak mengikut segala Dasar,Akta,
dan Peraturan dan undang-undang kerajaan telah tetapkan yang disemak dari semasa ke semasa selaras dengan
pembangunan negara. Memandangkan
CBM bekerjasama dengan DOF ( Department Of Fisheries) atau Jabatan perikanan
bagi mengharamkan penangkapan ikan yang tidak sistematik contohnya menggunakan
pukat dan pengeboman ikan-ikan dapat dibanteras dan diaatasi. Tambahan lagi mengkaji dan menentukan kadar
eksploitasi sumber dengan menetapkan kouta vesel dan alat menangkap ikan.
Dengan
adanya CBM juga pihak ini mempunyai kuasa untuk membina tukun dan unjam-unjam
berdasarkan kaedah tradisional. Antara-antara tukun atau unjam-unjam yang
pernah digunakan adalah tukun bot di Terengganu,tukun PVC di Kedah,tukun
seramik Terengganu dan sebagainya.Bagi mengurangkan kesan aktiviti manusia yang
boleh menyebabkan kemusnahan terumbu karang, kerajaan dan pihak berkuasa
tempatan telah menguatkuasakan undang-undang yang berkaitan. Kerajaan telah
mewartakan kawasan-kawasan yang dikenal pasti mempunyai terumbu karang sebagai
Taman Marin, iaitu pulau yang dilindungi. Hal ini jika mana-mana terumbu karang
yang rosak atau musnah,terumbu ini mengambil masa yang lama untuk tumbuh
semula. Contohnya pulau di negeri Terengganu seperti Pulau Susu Dara, Pulau
Perhentian Kecil Dan Pulau Perhentian Besar, Pulau Lang Tengah, Pulau Redang,
Pulau Lima, Pulau Ekor Tebu, Pulau Pinang, Pulau Yu Besar,Pulau Yu Kecil Dan
Pulau Kapas.
Malah
dengan pendekatan CBM juga termasuklah
pelaksanakan pelan pembangunan dan pengurusan sumber perikanan pantai dan laut
dalam. Dengan kerjasama ini juga pihak CBM dan Jabatan perikanan
bertanggungjawab dimana dalam menyelaraskan penerokaan hasil bumi lain yang
bukan hidup dibawah dasar laut seperti minyak dan gas serta pasir laut dalam.
Dengan kelulusan permit yang diproses dan dinilai oleh mereka adalah usaha murni
dalam memastikan kemanpanan lestari kehidupan marin. Di samping itu juga,dengan
CBM perikanan laut pantai, perikanan laut dalam dan antarabangsa,serta termasuk
perikanan akuakultur, Malaysia bolehlah menghembuskan nafas lega dimana
perancangan dan pemuliharaan dapat dilaksanakan.
Langkah-langkah lain kerajaan
seperti menyediakan
perlindungan khas kepada hidupan akuatik di mana
-mana kawasan atau
sebahagian daripada
kawasan
itu dan untuk melindungi, memelihara dan mengurus tapak pembiakan semulajadi dan
habitat populasi ikan dan hidupan
akuatik, khususnya bagi sepsis
luar
biasa atau hidupan akuatik yang terancam. Selain itu juga sudah termaktub dalam
rang undang-undang bahawasanya setiap organisasi yang ingin menjalankan
akitiviti perlu memelihara dan meningkatkan
keadaan aslinya. Malah perlu memastikan penyelenggaraan nilai-nilai
biodiversiti dan syarat-syarat yang perlu untuk melindungi species-species
penting bagi kehidupan akuatik atau tumbuhan, komuniti biotik atau sumber-sumber
genetik. Pihak pengurusan CBM juga tegas dalam memastikan setiap aktiviti membenarkan pertumbuhan semula
semulajadi hidupan akuatik
dalam satu kawasan atau sebahagian daripada kawasan itu
di mana hidupan akuatik tersebut telah pupus. Contohnya kawasan EEZ yang juga
terkandung dalam perihal UNCLOS III. Selain itu, kajian dan penyelidikan
saintifik perlu dijalankan dari semasa ke samasa untuk mendapatkan idea baru
atau kaedah baru dalam melindungi khazanah yang sangat berharga ini.
Pengurusan
secara CBM juga dalam mengawalselia aktiviti-aktiviti rekreasi dan aktiviti-aktiviti
lain dalam mana-mana kawasan atau sebahagian daripada kawasan itu untuk
mengelakkan kerosakan yang tidak boleh dipulihkan kepada persekitarannya.
Sebagai contoh masalah yang sering kali berlaku seperti pencemaran tanah,
pencemaran laut kesan aktiviti akuakultur,pencemaran daripada kapal kesan
pertumpahan minyak dari perlanggaran, pencermaran therma,pencemaran bunyi,
sampah laut,pencemaran sumber atsmopheric ,penangkapan ikan yang tidak terkawal
dan sebagainya.
Maka
dengan ini, Kerajaan Malaysia perlu menguruskan hasil sumber laut berdasarkan
Pengurusan Secara Komuniti atau versi Inggerisnya disebut Community Based
Management. Hal ini juga amat berkait rapat dengan objektif badan itu sendiri
di mana bertindak sebagai melindungi, mengekalkan sumber serta melindungi
dibawah Peraturan,Akta dan undang-undang seperti UNCLOS I,II,III, MARPOL,
IMO,UNESCO,CLC.SOLAS dan lain-lain. Perkara ini ada termaktud dalam perundingan
laut dan agenda 17 itu sendiri.Di dalam Bab 17 dalam Agenda 21 di bawah tajuk “
Protection of ocean, all kinds of seas, including enclosed and semi-enclosed
seas, and coastal areas and the protection,rational use and development of
their living sources”. Tiga program yang melibatkan pembangunan pemanpanan atau
Sustaiable development dalam dua conteks dimana kawasan perairan dan
pulau-pulau kecil dalam cabaran perubahan global dan aktiviti manusia itu
sndiri.Akhirnya dengan kerjasama perlindungan serta langkah berdasarkan pengurusan
CBM ini dalam perlindungan kawsan persekitaran laut dan mengatasi isu dari
pencemaran dapat diatasi serta dapat menggalakkan dan keprihatinan dan kerjasama Antarabangsa
yang lain.
Hasik Nukilan: NUR KHAIRUNNISA BINTI OTHMAN-UK23123
UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU.
No comments:
Post a Comment