Saturday 23 June 2012

Kisah Di sebalik Wayang Kulit

 Wayang Kulit adalah satu bentuk teater tradisional yang menggunakan prinsip cahaya dan bayang. Bayang-bayang daripada patung-patung kulit yang terdiri  dari pelbagai watak methologi dan khayalan dilarikan oleh seorang Dalang.
            Persembahan wayang kulit selalunya diiringi oleh satu kumpulan muzik paluan atau gamelan dan juga alat tiupan (serunai) atau alat bertali (rebab).Pelbagai bentuk dan jenis wayang kulit boleh didapati di Asia dan lebih-Iebih lagi di Tenggara Asia. Setiap jenis mempunyai bentuk dan wataknya yang tersendiri dan agak berbeza dari satu kawasan atau latar belakang masyarakat kepada yang lain. Hari ini di Semenanjung Malaysia sahaja terdapat empat jenis wayang kulit dan setiap satu mencerminkan pengaruhpengaruh masyarakat dan juga kebudayaan yang telah mempengaruhi masyarakat itu. 

              Terdapat empat jenis wayang kulit di Semenjung Malaysia iaitu :2
                        i) Wayang Kelantan (disampaikan dalam bahasa Melayu loghat Kelantan dan berasas   kepada pengaruh Patani).
                        ii) Wayang Melayu (disampaikan dalam bahasa Melayu berpengaruh  Jawa) 
                        iii) Wayang Purwo (disampaikan dalam dalam bahasa Jawa dan diselit dengan dengan bahasa Melayu tempatan). 
                        iv) Wayang Gedek (lazimnya disampaikan dalam bahasa Thai dan  bahasa Melayu loghat tempatan). 
Dari keempat-empat jenis wayang kulit ini yang pertama dan kedua didapati di Kelantan dan negeri-negeri Pantai Timur, yang ketiga terdapat di bahagian Selatan Pantai Barat Semenanjung terutamanya di Johor dan yang keempat  terdapat di negeri Kedah, Perlis dan beberapa negeri utara Pantai Barat
Semenanjung. 
      Pada asasnya kesemua bentuk atau jenis wayang kulit yang terdapat di Semenanjung Malaysia mempunyai pengaruh-pengaruh samada dari Jawa atau Patani (Selatan Thai) tetapi dalam perkembangannya semua pengaruh  ini telah mengalami perubahan dan penyesuaian mengikut penerimaan dan konteks masyarakat tempatan. Perkara ini berlaku adalah kerana wayang kulit  pada dasarnya merupakan satu alat perhubungan masyarakat di samping satu rupa pengutaraan kesenian. 

No comments:

Post a Comment