Surah : AL-FAJR:
AYAT 27-30
“ Hai jiwa yang tenang, kembalilah kepada tuhanmu
dalam keadaan redha dan diredhai. Masuklah ke dalam golongan hamba2ku yg solleh
dan masuklah ke syurgaKu”
Tanda orang yang memiliki jiwa yg tenang (nafsu
mutmainnah) bkn shj beramal soleh tapi harus terlebih dahulu beriman kpd Allah
Yang MAha Esa. Dlm Al-quran, org2 yg beriman ditempatkan di tempat mulia.
Mereka berjiwa tenang dan beramal soleh adlh diredhai Allah dan sesame hamba
Allah mereka saling menyayngi.
Tanda org
beriman yang diceritakan dalam Surah: ADZ-ZARIYAT: AYAT 17-19
“Adalah
mereka sedikit sekali tidur pada waktu malam,manakala akhir2 waktu mereka
meminta ampun. Dan dalam harta2 mereka,mereka tentukan hak untuk mereka yang
terhampa.”
Manakala dalam Surah: AL-HUJURAT: AYAT 13
“ Sesungguhnya org yg paling mulia pd sisi Allah
adalah org yg paling taqwa di antara kamu”
Orang yang memiliki jiwa yang tenang tidak
menagabaikan zakat,suka pula menderma,sanggup menggap kesulitan dan kesusahan
sebagai dugaan semata-mata dan tidak pula merasa gelisah. Mereka memahami
bahawa segala yang berlaku baik mahupun buruk adalah dating dari Allah belaka.Apa
sahaja qhada dan qadar Allah, mereka sanggup menerimanya dgn tenang dan
tabah.ini juga satu manifestasi cinta akan Allah.orang yg memiliki jiwa yg
tenang juga mengamalkan konsep ‘makan untuk hidup’ bukan ‘hidup untuk makan’.
Mereka tidak tersilau dgn harta yg melambak,pangkat,kuasa dan kemewahan. Mereka
mengambil Islam secara keseluruhan bukan pilih2 ikut kesuaian.
Maka orang2 seperti di ataslah, dijemput oleh
Allah untuk ‘dipulang’ dalam keadaan redha dan direhdai-Nya .’Pulang’ ke alam
yg penuh nikmat dan kasih sayang Allah,yakni Syurga Allah Ta’ala.
PESANAN CIK NISA : BIARKAN ORANG TIDAK MENYUKAI
KITA ASALKAN JANGAN ALLAH YANG TIDAK MENYUKAI KITA.
Jazakumullah... Info bermanfaat..
ReplyDelete