Monday 8 October 2012

RAHSIA GENIUS 5 MAKANAN AJAIB



Dipetik dari majalah i-sihat

MADU
Makanan yg sgt berkhasiat.Al-quran mengiktirafnya sebagai ‘syifa’ iaitu penyembuh penyakit. Manisan madu digelar ‘raja ubat’ dapat menyembuhkan banyak penyakit. Ia adalah makanan unuk kesihatan keseluruhannya. Ia mengandungi vitamin, mineral, protein, antiseptic, enzim yg meningkatkan ingatan dan kecerdasan mental individu. Madu juga mengandungi pelbagai xat galian yg penting seperti kalsium sulphur, fosforus,zat besi,karbon, magnesium, potassium(kalium),kumprum,silica,manganese dan belerang untuk memupuk tenaga dan kesihatan fizikal-mental.

RASULULLAH S.A.W BERSABDA:
“SIAPA INGIN HAFAL HENDAKLAH IA MINUM MANISAN MADU.”
Madu didapati berkesan utk merawati penyakit-penyakit mental.
CARA MINUM: 2 sudu teh pada waktu pagi dan malam.


                        KISMIS
Mengandungi zat besi yg amat diperlukan untuk membina darah bagi memastikan bekalan oksigen yang mencukupi untuk disalurkan ke otak. Kekurangan oksigen menyebabkan seseorang mudah mengantuk,pelupa,lembap dan mengalami kelemahan dalam berfikir.

CARA MAKAN:
  1.         menghadap kiblat
  2.        baca “Bismillah” dan selawat ke atas Nabi( 3 x)
  3.       baca doa penerang hati
  4.        makan secara kemam seperti makan gula-gula.~tdk berkesan jika dikunyah seperti makan kacang
  5.        makan sebiji-biji sebanyak 21 biji stp hari.



KURMA
Khasiatnya hamper sama dengan kismis. Ia adalah buah yang dikategorikan tdk mengalami proses membusuk walaupun disimpan lama. Sesuatu makanan yg lamabat membusuk elok dimakan.



SUSU SEGAR
Susu berguna untuk otak, mempertajamkan ingatan,membekalkan tenaga,mental dan fizikal. Susu mengandungi 3 unsur semulajadi iaitu keju,lemak dan air yang amat diperlukan utk pertumbuhan badan dan otak. Susu adalah makanan yg paling lengkap dan berkhasiat. Ia mengandungi 6 kelas makanan yg amat diperlukan oleh tubuh iaitu karbohidrat, lemak, protein, semua jenis vitamin, mineral dan air. Ia berkhasiat utk merawati kesihatan umum dan merupakan penawar kelupaan yg berkesan.

Rasulullah s.a.w menerangkan:
Susu boleh menguatkan tulang belakang, menambah akal, memperbvaiki penbglihatan dan menghindari penyakit lupa. Susu yg terbaik utk ketajaman minda iailah susu kambing, biri-biri dan lembu yg segar. Susu pekat lebih berkhasiat daripada susu tepung.

CARA MINUM:
      i.        Sekurang2nya segelas pada sebelah pagi dan malam
     ii.        Baca “ Bismillah” dan doa minum susu seperti yg dibaca oleh Rasulullah s.a.w

TELUR
bermanfaat untuk menambah kekuatan otak, badan dan menjaga kesihatan keseluruhannya. Ahli2 kesihatan mengakui ia merupakan makanan yg lengkap dan berkhasiat. Ia mengandungi protein,mineral, viatamin,kalsium,sulphur,natrium,klorin,zat besi,air,choline dan bahan ekstratif.

Sabda Nabi s.a.w:
“sesungguhnya seorang nabi s.a.w mengadu kepada Allah s.w.t (kerana dia) lemah badan. Maka Allah s.w.t memerintahkannya supaya memakan telur.”

Telur terutama telur kuning,berupaya menagatasi masalah kelemahan tenaga fizikal dan minda sekali gus. Telur yg terbaik ialah telur ayam kampong yg masih baru.


Kata-kata dari cik nisa: Hurm original lg baik dr kita beli produk2 di pasaran.

Friday 28 September 2012

sTRESSS????


STRES ! STRES ! STRES!
Setiap org akan alami perkara ini. Aku pom sama.Stres wehhhhhhhhh!!!
Gejala stress or simptom stress adalah :
## kite akn se gelisah,
## risau keterlaluan,gangguan tidur @ sukar tuk tidur,
## kurang tumpuan ms belajar dan
## sering cepat marah..ehem2
Nape jd gni??byk sebabnya.Antara punca adalah:

·         Masalah kewanagan
·                         Beban pelajaran
·                                          Penyakit fizikal
·                                                          Perselitaran tidak selesa
·                                                                            Perasaan rendah diri
·                                                                                                      Kena buli
·                                                                                                                         Kesesakan lalu lintas
·                                                                                                                                               Tragedi berulang


Hurm sO atasi STRES dgn 10 B
1)     Bertenang
2)    Berurut
3)    Bernafas Dengan Dalam
4)    Berehat dan mendengar music
5)    Berkata : relaks lah
6)    Beribadat
7)    Beribadah
8)    Bersenam
9)    Berfikiran positif
10)  Bercakap dengan seseorang

Lawak cik Nisa: jangan bila stress habis org kita marah..hahah


Thursday 27 September 2012


10 TIPS KE ARAH KECEMERLANAGAN DIRI DARI ILMU
Oleh Ustazah Hafsah L.Hussien

1)   Hubungkan diri dengan Allah sebagai HAMBA ALLAH yg taat dan patuh kepada suruhanNya dan menjauhi laranganNya.

2)    -Tunaikan Solat Fardhu
- Istiqamah Solat Sunat Mutlaq dan Sunat Istiqarah Serta Solat Hajat
- Banyak Berdoa ~ Doa sebagai ibadat

3)    Kaji dan selidik sukatan tajuk dan kekerapan tajuk berkenaan dalam pepriksaan, teknik menjawab soalan serta kekerapan ulangkaji tajuk berkenaan

4)    Ikhlas dengan guru pengajar, sentiasa mendampingi guru,dapatkan bimbingan guru sepanjang masa serta doa dari guru.

5)    Taat serta patuh dan sentiasa menghormati ibubapa dan mendapat doa restu dari kedua ibubapa~ jadikan diri sentiasa diredhai oleh ibubapa.

6)    Pelihara diri dari makan makanan yg haram dan syubhah serta tingkahlaku yg boleh menghalang ingatan (banyak maksiat)

7)    Manfaatkan atau praktikkan ilmu yang diperolehi dan sebarkan ilmu. Ilmu akan berkat  bertambah. Ilmu adlah milik Allah, kita hanya mempelajari dan menggunakannya.

8)     Sentiasa mencari ilmu, menghormati ilmu dan menjaganya serta menyebarkannya.

9)    Sentiasa bersyukur serta tidak riak dan takbur apabila mempunyai ilmu dan Berjaya.

10)  Sentiasa bersikap positif, bersungguh2 dan yakin kepada hidayah dan petunjuk Allah.

KATA-KATA HIKAMH CIK NISA:
ILMU YANG MANFAAT ADALAH ILMU YANG MENGHAMPIRI DIRI KEPADA ALLAH...
SEMUA ILMU ADALAH MILIK ALLAH
SEMUA ILMU AKAN MENDEKATKAN DIRI KEPADA ALLAH,HANYA MANUSIA SAHAJA MENGOLAHKANNYA MENJADI KENYATAAN
KITA HANYA MERANCANG TAPI ALLAH MENENTUKAN SEGALA2NYA


TIPS – TIPS : PELAJAR MENGANTUK APABILA BELAJAR


Masalah yg sering kita hadapi adalah MENGANTUK serta menguak2 sebaik2 saja memulakan pembelajaran atau mengulang kaji pelajaran terutama kali apabila membaca nota. Saya sendiri jika ditanya mengapa???Saya akan menjawab malas la..xda mood...Borink..


Sebagai seorang pelajar,pelajaran tetap penting untuk ke mercu kejayaan di masa hadapan. Perasaan jemu, bosan, malas serta sikap sambil lewa terhadap pelajaran bermula dengan minda yang negatif.


Apa yang perlu kita lakukan adalah:^^ Bina sikap yang POSITIF . kejayaan seseorang sebenarnya 90 % ditentukn oleh sikapnya dan hanya 10 % sahaja ditentukan oleh pengetahuan sedia ada. Sekiranya kita membaca terlalu lama tapi tidak focus maka kita buang masa sahaja. Jadi perbaikilah diri tu ye cik Nisa..agar bersungguh2 dan bersikap[ positif.


^^ Persediaan Minda. Sikap negatif adalah drpd minda yg negatif. So minda perlu diubah menjdi positif. Guna kaedah Saranan Kendiri iaitu pembentukan kata2 positif cam ni:“ Saya mesti berusaha dan menjadi pelajar cemerlang. Belajar adalah penting untuk masa hadapan. Orang lain boleh Berjaya, sya yakin saya juga boleh!”


^^ persediaan perasaan. Fikiran dan perasaan positif, memudahkan lagi anda memberi tumpuan kepada pelajaran. Kita akan berasa lega kerana tidak diganggu dgn kata2 negatif.


^^ Persekitaran yang sesuai.Apabila ingin belajar carilah tempat yg sesuai tanpa sebarang gangguan. Mental dan emosi yg terganggu akan menjejaskan tumpuan fikiran.


^^ Ketepikan seketika masalah sampingan. Sekiranya kita mghadapi masalah lain seprti perselisihan dgn rakan,masalah kewangan dan sbagainya,kita try kongsi atau luahkan kpd parents bg mengurangkan tekanan lantas memberi laluan untuk kita tumpukan pelajaran.or mereka2 yg benar2 kita leh percaya bg mengelakkan masalah mnjadi lebih teruk.


LAWAK CIK NISA: jgn hangat2 taik ayam sudah la ye....hehe...  

Tuesday 25 September 2012

SIFAT PEMAAF RASULULLAH S.A.W



Pada suatu hari Nabi s.a.w. brsama2 sahabat2nya sdg duduk berhat2 di suatu tmpat setelah selesai sesuatu peperanagn. Cuaca ketika itu panas terik. Sedang sahabat2nya beristirehat, Nabi s.a.w pergi berjalan2 agak jauh dr tmpat mereka untuk berbaring di bwh sbatang pokok kayu yg rendang.
Sedang Nabi berbaring2 tiba-tiba dtg seorang musyrik di hadapan Nabi dengan pedang di tangannya. Sambil menghunuskan pedangnya kepada Baginda lelaki itu berkata:
“wahai Muhammad,katakan siapakah yg dpt menolong kau dari aku sekarang?”
Tanpa sedikitpun rasa gentar atau takut prtanyaan lelaki musyrik itu dgn secepat spontan dijawab : “ALLAH!” sahut baginda dengan suara tegas dan keras.
Mendengar jawapan Nabi s.a.w itu,pedang lelaki itu tiba2 jatuh ke tanah lalu cepat direbut oleh Rasulullah s.a.w. Lelaki itu lantas menjadi kehairanan serta tercengang2 pula. Sambil menghalakan pedang kearah lelaki itu sebagaimana tadi ia menghalakan pedang itu terhadap Nabi.Kini Rasulullah s.a.w pula bertanyakan:
“ sekarang katakan kepada saya siapa pula yg akan menolong engkau dari saya??”
Dengan suara yg agak terketar2 kerana ketakutan, kerana fikirannya tentulah kali ini ia akan dibunuh,lantas ia pun berkata:
“ tentulah engkau sahaja yg dapat menolongku”
Kemudian Nabi s.a.w melepaskan orang itu supaya kembali kepada kaumnya,tatkala sampai di kalangan kaumnya ia pun lalu mengkhabarkan :
“Wahai kaumku. Aku telah datang dari seorang lelaki yang paling baik di antara sekalian manusia”
Dan menurut riwayatnya lelaki itu kemudianya telah memeluk agama Islam justeru mengenangkan sifat kemaafan Baginda yang luar biasa itu.
~~~Apa yang dapat Cik Nisa simpulkan di sini kita perlu memaafkan org yg berbuat salah kepada kita.kita perlu sentiasa mengingati AllahS.W.T.Jangan sesekali kita menganiayai org yg tidak bersalah. Kita perlu menyedari kesilapan diri dan membaiki diri menjadi lebih baik. Kita saling mengasihi sesame manusia malah kita perlu berani dan tabah dlm menghadapi musibah yg diberikan oleh Allah S.W.T. Namun bukan mudah untuk melakukanya lebih2 lg pada mereka yg byk menganiayai kita.Nama2 mereka mmg dlam ingatn kita.Adkah itu dendam??Kebencian kita kpd mereka semua???Oh Tidak!!!!Ya Allah lembutkanlah hati aku tuk memaafkan segalanya snbgaimana Rasulullah...FORGIVE THEM BUT NOT THE BASTARD NAME!!!!! SO SAD....Biarkan kemarahan ku reda sendiri~~~~

Sunday 16 September 2012

BAGAIMANA MEMILIKI NAFSU MUTMAINNAH???



Surah : AL-FAJR: AYAT 27-30
“ Hai jiwa yang tenang, kembalilah kepada tuhanmu dalam keadaan redha dan diredhai. Masuklah ke dalam golongan hamba2ku yg solleh dan masuklah ke syurgaKu”
Tanda orang yang memiliki jiwa yg tenang (nafsu mutmainnah) bkn shj beramal soleh tapi harus terlebih dahulu beriman kpd Allah Yang MAha Esa. Dlm Al-quran, org2 yg beriman ditempatkan di tempat mulia. Mereka berjiwa tenang dan beramal soleh adlh diredhai Allah dan sesame hamba Allah mereka saling menyayngi.
Tanda org beriman yang diceritakan dalam Surah: ADZ-ZARIYAT: AYAT 17-19
“Adalah mereka sedikit sekali tidur pada waktu malam,manakala akhir2 waktu mereka meminta ampun. Dan dalam harta2 mereka,mereka tentukan hak untuk mereka yang terhampa.”
Manakala dalam Surah: AL-HUJURAT: AYAT 13
“ Sesungguhnya org yg paling mulia pd sisi Allah adalah org yg paling taqwa di antara kamu”
Orang yang memiliki jiwa yang tenang tidak menagabaikan zakat,suka pula menderma,sanggup menggap kesulitan dan kesusahan sebagai dugaan semata-mata dan tidak pula merasa gelisah. Mereka memahami bahawa segala yang berlaku baik mahupun buruk adalah dating dari Allah belaka.Apa sahaja qhada dan qadar Allah, mereka sanggup menerimanya dgn tenang dan tabah.ini juga satu manifestasi cinta akan Allah.orang yg memiliki jiwa yg tenang juga mengamalkan konsep ‘makan untuk hidup’ bukan ‘hidup untuk makan’. Mereka tidak tersilau dgn harta yg melambak,pangkat,kuasa dan kemewahan. Mereka mengambil Islam secara keseluruhan bukan pilih2 ikut kesuaian.
Maka orang2 seperti di ataslah, dijemput oleh Allah untuk ‘dipulang’ dalam keadaan redha dan direhdai-Nya .’Pulang’ ke alam yg penuh nikmat dan kasih sayang Allah,yakni Syurga Allah Ta’ala.

PESANAN CIK NISA : BIARKAN ORANG TIDAK MENYUKAI KITA ASALKAN JANGAN ALLAH YANG TIDAK MENYUKAI KITA.

SERAPKAN DIRI TEKAD SENTIASA TAMBAHKAN ILMU



Orang Berjaya sentiasa tambahkan ilmu.mereka mau tau byk ilmu baru dan mau menguasai bkn sekadar mengetahui.mereka sntiasa tidak merasa cukup dgn ilmu yg ad. Bukan tamak tp mereka seronok dpt kongsi ilmu yg ada dan ilmu yg br jumpa.
Sikap ini perlu kita contohi. Elak rasa puas hati dengan ilmu yg ada skrg ni.
TEKAD BELAJAR SEUMUR HIDUP!!!!
Cara mudah untuk menambah ilmu adalah dengan membaca.fokus apa tujuan kita mau tau.Contohnya jika kita:
Penulis buku- pelajarilah lebih byk ilmu ttg bagaimn mnjadi seorg penulis supaya kita muncul mnjadi seorg penulis.
Pemusik- pelajari lebih byk prkara mengenai music supaya menonjol mnjadi pemusik Berjaya.
Penasihat Kewangan-pelajari byk hal2 kewangan  supaya muncul sbgai seorang Berjaya suatu hari nanti.
Kita perlu pelajari lebih banyak ilmu @ bidang yg kita pelajari 2 kali lebih byk jumlahnya dr jumlah ilmu yg dipelajri org sekeliling kita.bila kita menguasai byk perkara mengenai bidang kita,pasti kita akan menonjol.Pasti kita boleh capai tahap yg membanggakan.InsyaAllah.
MENGETAHUI SAJA TIDAK CUKUP TAPI PERLU KUASAI JUA....

Learn ENGLISH


Learn English ‘GENERATING IDEAS’
5 WAYS OF GENERATING IDEAS from Musa Sinnan
1) USE PREVIOUS EXPERIENCE
-you may have ur own experience related to a given topic in the continuous writing. Based on ur personal experience modifly the ideas to match the topic given.
e.g : Students should be allowed to bring handphones to school. Do you agree?
Based on ur experience having ur own handphone, make a general statement or idea on behalf other students whwther u would want to bring ur handphone to school or not.
2) USE BRAINSTORMING SESSION
- This can be done by playing two roles at the time. Based on the topic given, u ask several questions as generated in ur mind. Then, force ur mind to think of several answers which then u jot them down. Choose and arrange ur own brainstormed answer forming the main ideas or supporting details
Ouestion:
Should i agree?
Is it an important item whwn we are in school?
Why is it necessary fruit to be brought to school?
Am i really desperate it to bring it to school?
Will there be a problem if everyone brings theirs?
For emengency cases,it is helpful?
Will the students be misusing the handphone?
Is it harmful if they are misused?
Will the teachers be able to control its abuse?
Can we have a peaceful mind without the handphone?
Am i too busy requiring me to contact others while schooling?
Will there be any gap between the rich and poor students?
Is it troublesome if someone lost his/her handphone?



3) PLAN AND ORGANISE UR IDEAS
This can be done using planning strategies such as mind-map,outling or preparing flow chart
e.g: Seaside
                                          Fish
                             Smell      Salt              Gentle
                                          Waves             Roar
seaside                 Sight     people        children playing
                                                             Little
                           Sounds     waves          large

4) THINK OF RELATED WORD
- try to list down as many word as possible related to the topic or issue given especially in the continuous writing. If we take the example mentoned earliest ‘ seaside’, i am sure there are others words that u can thinks of to describe it.
E.g:

Picnic
Aldult
Sand
Motor-boats
Umbrellas
Dustbins
Chatting
Shells
Rocks
Sandcastles
Sunglasses
Signboaads
 Coconut tress
Swimming
Ships
Beach
lifeguard

 
5) USE COMPARISONS
- sometimes u may not be able to find a word that will describe exactly what u want to say. When this happens, u may use a comparison. We compare the thing we want to describe with something else we know that looks, smells, sounds, tastes or feels like it.
e.g:
The golden sand                       -           the sand looks like gold
The water was cold                  -           the water was as cold as ice
The children were happy          -           the children were as happy as birds
The air smells nice                   -           the air smells as fresh as newly-cut grass






Layakkah aku


LAYAKKAH AKU UNTUK BERJAYA??

Layakkah aku Berjaya??
.....................Sudah tentu LAYAK!!! Jika aku ......

ü  sanggup bekerja keras,

ü  sanggup byk membaca,

ü  sanggup terima teguran

ü  sanggup menanggung malu tatkala berdepan kesilapan...

Yeahhhh.jika aku dapat harungi ini semua aku pasti akan Berjaya malah cermerlang dalam hidup di dunia juga di akhirat..InsyALLAH!!!
Org yg banyak mentertawakan kesilapan orang lain sebenarnya menutup peluang untuk dia Berjaya kerana malu kelemahanya terserlah. Dia mentertawakan orang lain supaya kawan2 nya tdk nmpak kelemahan dirinya.Org seperti ini ad di mana2.
Org yg tdk malu mengakui kesilapan dan sanggup mengakui kelemahan berpeluang utk Berjaya kerana dia terdorong untk jd lebih baik dari yg sebelumnya. Org sebegini mnjadikan kesilapan sebagai cara untuk dia tahu apa yg betul.~~~MINDSET BERANI GAGAL
Elakkan diri suka ketawakan kesilpana org lain kerana sikap ini mndtgkan kesan yg buruk terdorong kita tuk tidak memajukan diri sendiri.mana-mana kesilapan yg dilakuan insan lain tak kira kecil atau besar kita terapkan sebagai ilmu dan teladan bukan mentertawakan atau mengumpat perihal insan tersebut.
Sesungguhnya “ SUCCESSFUL PEOPLE TALK ABOUT IDEAS “
                       “ ORDINARY PEOPLE TALK ABOUT OTHER PEOPLE”

Friday 31 August 2012

Semester baru kini bermula.....

Hurm..pejam celik pejam celik sekejab je masa berlalu...Kadang2 terfikir aku ni berada di mana??? Banyak lagi rupanya impian yang belum tercapai..sesungguhnya kita hanya mampu merancang tapi Allah S.W.T yg tentukan segala2nya...Aku bermohon agar DIA permudahkan urusan ku di dunia dan juga di akhirat..Amin.... Aku juga bersyukur, aku diberi kesempatan tuk truskan hidup ini..aku masih lagi bernafas..Terima Kasih YA ALLAH...
Yeahhhhh...Tup2 aku kini berada di semester 5..selepas itu akan menjalani L.I..Wah makin berat aku rs nk melangkah demi langkah...Doa dan restu keluarga n rakan2 menjadi dambaan skrg ni tuk memberikan aku semnagat tuk truskan perjuangan aku....Don't Give Up!!!...

Saturday 23 June 2012

Aku berperang!!! Doakan aku..heheh

Berperang????
heheh Berperang disini bermaksud berperang menuntut ilmu tuk ms depan yg lebih baik...Fisafibillah...Berperang menuju ke jalan Allah...(Jihad Kecil)...
Well musim exam ni mcm2 gelagat kite leh tgk...Stress la kate kan...Yang demam tu jgn lupa mkn ubat..Yg nak2 gila tu sabar kay jgn histeria sudah..hahahah...Tarikh 12hb Jun so 2 paper sudah berlalu.....masih tgl 4 paper lagi..hurm...x sabar nak cuti sem..hohoho..mcm2 plan dlm kepala ni...Hope menjadi xcam sem2 lepas.plan pnyer plan tapi xjd..sebek je kate oram2 ganung...
Di hari n waktu yg agak2 nk subuh ni..hehe Aku mengucapkan Selamat MAju JAya pada semua MAHASISWA dan MAHASISWI yg menghadapi peperiksaan...Moga segala usaha kecapi kejayaan kelak..cewahhh..apa yg kite ushakan bkn sebnyk itu kita dapat..tapi sebnyak mana kite berubah ke arah yang lebih baik..InsyaAllah..Amin....
Sape penah jd gnim??hahah Last minute stadi mmg jd gnim..erm..papehal student life mmg menyerOnokkan!!!

Perjalanan ini....BUKAN mudah tapi Cukup RUMIT..namun stp masalah ad JALAN penyelesaiannye InsyaAllah

Assalamualaikum....

Banyak dugaan ,cabaran, masalah,rintangan yang aq tempuhi..Alhamdulillah dgn semangat serta dorongan keluraga aq telah sampai ke tahap ini...Alhamdulillah...Aq pernah jatuh kemudian naik balik...Bila pk2 balik aq adalah insan yg tak bersyukur dgn kurniaan Ilahi.MasyaAllah..Lekanya aq dgn permaianan dunia..Sesungguhnya aq insan yg lemah dan sering saja dahagakan nasihat dan pedoman..AKU TAK MAU HANYUT SEDANGKAN BANYAK PERKARA PERLU AKU TEKANKAN..perlu aq kecapi... kerna aq hanya insan biasa-biasa saja..


Sesal kemudian dah takde guna kan?/sO wat npe kite sakitkan kpale tuk mikirkan maslah yg dah lepas....PANDANG KE HADAPAN.!!! tp selalu ingtkan diri sndiri hidup di dunia hanyalah pinjaman semata2..sO .....


Hidup ni perlu diteruskan ,janagn mudah putus asa..sntiasa sematkan di jiwa..semangat jgn putus...Ingat tiada sape yg akan bantu kite melenkan kite sndiri...Dunia akhir zaman manusia mmg kejam kerna bersikap kejam malah hanya memilikrkan diri sendiri sahaja...So BERDIRI LAH DI KAKI SENDIRI TANPA MENGHARAPKAN BANTUAN ORANG LAIN or kate erti lain tanpa n jangan terlalu bergantung pada org lain....
(Buat lah ape saje dgn brsungguh2 n sntiasa berdikari itulah pegangan aku slam ni..Alhamdulillah aku bleh hidup dmana2 saja ..dibwh kaki aq sndri tanpa bantuan or mgharapkan org lain..Thanks kpd Haji Man dan Hajah Mah kerana berjaya mendidik sy!!!TQVM


Merdeka!Merdeka! n Selamat Bercuti....!!!

Sedar tak sedar...DAH CUTI??? heheh.
PlayBack : Tepat Jam 5 petang 21hn Jun 2012,maka berakhir lah last Paper aq..Alhamdulillah..syukran ..mmg terasa kenikmatan itu.Cukup bahagia..Memg merindui masa2 indah seperti ini..hOhOho~gelak jahat..

Well berakhir sudah Sem 4 ..Sepanjang sem 4 ni..Byk benda yg mengajar aku...MENGHARGAI MASA YANG ADA..!!Dalam suka ad duka..Aku sndri tak pasti aku hepi ke tak..Cuti yng hampir 3 bulan ni harap dapat dimanfaatkan dgn sepenuhnya...InsyaAllah..

Kepada semua insan yg bergelar Mahasiswa dan mahasiswi SELAMAT MENIKMATI CUTI ANDA DENGAN SEBAIK MUNGKIN....Jgn sia2 kan kay...Bulan depan dah start umat islam berpuasa..Hurm timbul hajat dihati tuk berniaga..erm..tapi nak jual pe ek???heheh...Or wat part time JOb??best gak nim  Or nak amik lesen Kete??/wOw..byk plan leh kite buat..hurm..cat umah?? Or kite bercuti ??waahhhh..or shOpping sakan je..hahahah

Papehal Hope kite berjupe lg di next sem kay..SaYornara....


Kisah Di sebalik Wayang Kulit




 Wayang Kulit adalah satu bentuk teater tradisional yang menggunakan prinsip cahaya dan bayang. Bayang-bayang daripada patung-patung kulit yang terdiri  dari pelbagai watak methologi dan khayalan dilarikan oleh seorang Dalang.
            Persembahan wayang kulit selalunya diiringi oleh satu kumpulan muzik paluan atau gamelan dan juga alat tiupan (serunai) atau alat bertali (rebab).Pelbagai bentuk dan jenis wayang kulit boleh didapati di Asia dan lebih-Iebih lagi di Tenggara Asia. Setiap jenis mempunyai bentuk dan wataknya yang tersendiri dan agak berbeza dari satu kawasan atau latar belakang masyarakat kepada yang lain. Hari ini di Semenanjung Malaysia sahaja terdapat empat jenis wayang kulit dan setiap satu mencerminkan pengaruhpengaruh masyarakat dan juga kebudayaan yang telah mempengaruhi masyarakat itu. 

              Terdapat empat jenis wayang kulit di Semenjung Malaysia iaitu :2
                        i) Wayang Kelantan (disampaikan dalam bahasa Melayu loghat Kelantan dan berasas   kepada pengaruh Patani).
                        ii) Wayang Melayu (disampaikan dalam bahasa Melayu berpengaruh  Jawa) 
                        iii) Wayang Purwo (disampaikan dalam dalam bahasa Jawa dan diselit dengan dengan bahasa Melayu tempatan). 
                        iv) Wayang Gedek (lazimnya disampaikan dalam bahasa Thai dan  bahasa Melayu loghat tempatan). 
Dari keempat-empat jenis wayang kulit ini yang pertama dan kedua didapati di Kelantan dan negeri-negeri Pantai Timur, yang ketiga terdapat di bahagian Selatan Pantai Barat Semenanjung terutamanya di Johor dan yang keempat  terdapat di negeri Kedah, Perlis dan beberapa negeri utara Pantai Barat
Semenanjung. 
      Pada asasnya kesemua bentuk atau jenis wayang kulit yang terdapat di Semenanjung Malaysia mempunyai pengaruh-pengaruh samada dari Jawa atau Patani (Selatan Thai) tetapi dalam perkembangannya semua pengaruh  ini telah mengalami perubahan dan penyesuaian mengikut penerimaan dan konteks masyarakat tempatan. Perkara ini berlaku adalah kerana wayang kulit  pada dasarnya merupakan satu alat perhubungan masyarakat di samping satu rupa pengutaraan kesenian. 

 Wayang Kulit adalah satu bentuk teater tradisional yang menggunakan prinsip cahaya dan bayang. Bayang-bayang daripada patung-patung kulit yang terdiri  dari pelbagai watak methologi dan khayalan dilarikan oleh seorang Dalang.
            Persembahan wayang kulit selalunya diiringi oleh satu kumpulan muzik paluan atau gamelan dan juga alat tiupan (serunai) atau alat bertali (rebab).Pelbagai bentuk dan jenis wayang kulit boleh didapati di Asia dan lebih-Iebih lagi di Tenggara Asia. Setiap jenis mempunyai bentuk dan wataknya yang tersendiri dan agak berbeza dari satu kawasan atau latar belakang masyarakat kepada yang lain. Hari ini di Semenanjung Malaysia sahaja terdapat empat jenis wayang kulit dan setiap satu mencerminkan pengaruhpengaruh masyarakat dan juga kebudayaan yang telah mempengaruhi masyarakat itu. 

              Terdapat empat jenis wayang kulit di Semenjung Malaysia iaitu :2
                        i) Wayang Kelantan (disampaikan dalam bahasa Melayu loghat Kelantan dan berasas   kepada pengaruh Patani).
                        ii) Wayang Melayu (disampaikan dalam bahasa Melayu berpengaruh  Jawa) 
                        iii) Wayang Purwo (disampaikan dalam dalam bahasa Jawa dan diselit dengan dengan bahasa Melayu tempatan). 
                        iv) Wayang Gedek (lazimnya disampaikan dalam bahasa Thai dan  bahasa Melayu loghat tempatan). 
Dari keempat-empat jenis wayang kulit ini yang pertama dan kedua didapati di Kelantan dan negeri-negeri Pantai Timur, yang ketiga terdapat di bahagian Selatan Pantai Barat Semenanjung terutamanya di Johor dan yang keempat  terdapat di negeri Kedah, Perlis dan beberapa negeri utara Pantai Barat
Semenanjung. 
      Pada asasnya kesemua bentuk atau jenis wayang kulit yang terdapat di Semenanjung Malaysia mempunyai pengaruh-pengaruh samada dari Jawa atau Patani (Selatan Thai) tetapi dalam perkembangannya semua pengaruh  ini telah mengalami perubahan dan penyesuaian mengikut penerimaan dan konteks masyarakat tempatan. Perkara ini berlaku adalah kerana wayang kulit  pada dasarnya merupakan satu alat perhubungan masyarakat di samping satu rupa pengutaraan kesenian.